14 May 2016

KARNIVAL SUKAN SKBL2

Unknown | 5:47 PM | 00 orang doakan aku slim |

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Acara tahunan yang sentiasa dinanti-nanti oleh murid-murid dan warga SKBL2 iaitu Karnival Sukan SK Bayan Lepas 2 !! Yeahh , haha .. Karnival ni telah diadakan dengan jayanya pada 13 Mei 2015, Sabtu di perkarangan dataran dan padang SK Bayan Lepas 2 .. Pelbagai acara yang telah dilaksanakan pada hari tersebut .. AJK PIBG  dan ibu bapa pun turut hadir bagi memeriahkan karnival pada hari tu ..
Persiapan bagi acara pertandingan senamrobik .. Abam pun gigih buat persiapan untuk rumah abam .. Daripada zaman IPG sampai ke sekolah still maintain rumah kuning .. Hahaha hidup Tok Gajah !! Tapi rumah kuning sini Dato Bahaman .. Setiap rumah sukan gigihh bertungkus lumus bagi memastikan kumpulan rumah masing-masing dapat memberikan yang terbaik semasa hari karnival diadakan .. 
Habis muka diorang abam cat .. Kasi sengatttt hahaha
Selamat maju jaya semua !!
Acara pada pagi karnival dimulakan dengan perbarisan masuk setiap kontinjen rumah sukan di dataran SKBL2 .. Kemudian majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri, lagu SKBL2 dan ucapan perasmian oleh Guru Besar SKBL2, En. Nazri Abd Hamid ..
Upacara memecahkan belon menggunakan dart sebagai simbolik perasmian oleh barisan pentadbir dan naib pengerusi PIBG ..
Sebaik sahaja upacara perasmian dijalankan, majlis diteruskan dengan acara pertandingan senamrobik oleh setiap rumah sukan .. Apabila muzik dimainkan, setiap rumah sukan akan menari dan mempamerkan gerak badan, tarian dan gaya masing-masing di hadapan para penonton .. Lagu yang digunakan untuk pertandingan ini adalah sama dan setiap kumpulan akan membuat persembahan secara serentak .. Acah acah perghhh sikit , haha ..
Kumpulan senamrobik dari rumah Kuning .. Team bawah abam hehe

Sebaik sahaja selesai acara pertandingan senamrobik, karnival sukan beralih pula ke pertandingan sukaneka bagi murid-murid .. Acara sukan bagi tahap 2 diadakan di padang sekolah manakala acara tahap 1 diadakan di dataran .. Acara ini dijalankan serentak tetapi di lokasi yang berbeza .. Macam tu ceritanya .. 
Antara acara tahap dua yang dipertandingkan ialah terompah gergasiisi air dalam botol dan tarik tali ..
Bagi acara tahap 1 pula, antara aktiviti yang dipertandingkan ialah bawa bola menggunakan gelung rotan, bawa bola pingpong menggunakan sudu dan isi air dalam botol .. 
Perghhh , semangat nauu cikgu-cikgu dan murid-murid beri semangat kepada ahli kumpulan rumah sukan masing-masing .. Hidupp mau kental !! Setelah acara murid-murid selesai, karnival sukan diteruskan lagi dengan sukaneka guru di ruang legar dataran sekolah .. Antara acara yang dipertandingkan ialah boling kelapa dan baling belon berair .. dan semestinya abam pun turut serta , haha ..
Acara boling kelapa oleh setiap guru rumah sukan dan barisan pentadbir
Acara baling belon berair .. Cara permainannya, belon mestilah dilambung dari belakang dan disambut oleh rakan dibelakangnya tanpa pecahkan belon tu .. Pergghh bapak susah .. Punya la cover taknak bagi pecah belon tu , haha .. 
Okeyy akhirnya pecah .. haha >_<
Acara yang terakhir ialah upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang .. 

Bagi pertandingan senamrobik, Johan dimenangi oleh Rumah Kuning (yeaayyyyyy haha ) manakala naib johan dipelopori oleh rumah merah .. Tempat keseluruhan pula dimenangi oleh : Johan (Rumah Merah)Naib Johan (Rumah Kuning)Ketiga (Rumah Hijau) dan Keempat (Rumah Biru) ..  
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan Karnival Sukan SK Bayan Lepas 2 .. Abam rasa letihh gillerr time tue , nak pengsann dah , hahaha .. Tapi besttt !!



- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...