09 December 2013

ANAK MAMI & ULAR

Unknown | 10:14 AM | 00 orang doakan aku slim |

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum



Hahaha , jangan buat muka pelik lerr kalau banyak entri sebab pasal kawen .. Sekarang kann musim cuti sekolah , dah sah-sah laa banyak Majlis Perkahwinan sepanjang cuti nie .. dan para-para blogger pun bertungkus lumus menghupdate cerita mereka pada hari bahagia itu , termasuklah aku ... hehehehehe ..  
Yahhh , kali nie aku telah menghadiri majlis keraian hari bahagia senior IPG aku , Muni dan Redza .. Munie nie senior tua setahun dari aku , selalu jugak kena sakat budak nie .. hahaha .. Redza pulak senior 4 tahun tua dari aku dan sekarang dah pun mengajar dekat sekolah .. Bila dah jadi isteri orang nie taknak dah la kacau hang Munie .. hahaha

Cerita hari ini : 
Mula-mula aku ambik nasik dekat kaunter sikit jer tau , takut tak habis .. biasanya memang tak habis punn (pliss jangan buat terkejut) .. Pastu tetibe aku cakap kat member aku lapar lagi , seriuss aku memang lapar .. Aku pun letak la bekas pinggan aku dekat meja lain , basuh tangan dan keluar dari pintu belakang masuk balek ikut pintu depan .. heh hehh .. Yang takleh belah buat muka macam baru sampai , siap salam mak ayah diorang sekali lagi .. hahahaha .. Pergi dekat kaunter sambil buat muka seriuss amik nasi sekali lagi .. Alhamdulillahh konyanggg .. 
Barakallah Muni dan abe Redza .. Semoga perkahwinan kamu semua diberkati dan selamat melayari bahtera rumahtangga .. Takpa Muni , hang tinggai setahun ja lagi , pastu boleh laa ikut Encik Suami tue .. hihihi .. Terima kasih tauu untuk jemputan ini ..

Okehhhh
Weyy weyyy , takkan laa lepas pergi makan nasik minyak dah nak balek rumah terus .. Datang jauh-jauh nie .. Jom la pergi cuci mata sikitt .. Lagi 3 minggu pulak baru kita nak ketemu balek .. Cerita apa mau tengok ?? 
Agak lama jugak nak buat pilihan dengan kawan-kawan nak tengok movie apa .. Hmmm last-last pilih "ular" .. Layan je lahh movie Melayu .. macam best jer , macam best jerr .. Alahaii !! tak ingat pulak hari nie weekend , punya la eksaited keluarkan student card .. tup tup takleh pakai .. blerrr ~~

Citer Ular nie mengisahkan tentang Myra (Lisa Surihani) seorang wartawan jenayah yang digantung kerja telah diarahkan untuk membuat liputan di sebuah pusat peranginan di sebuah pulau. Myra yang ditemani jurukameranya, Remy (Yusry) tidak pernah menyangka tugasannya kali ini bukanlah satu tugasan biasa apabila percutian hebat yang dimenangi oleh 10 orang pemenang cabutan bertuah bertukar menjadi sebuah mimpi ngeri yang tidak terduga.

Segalanya bermula apabila ada di antara tetamu pusat peranginan itu dengan beraninya telah menyelinap masuk ke dalam hutan yang telah dipagari dengan pagar elektrik. Rambo yang panic setelah menyedari hal tersebut segera mendapatkan Encik Aziz, pemilik pusat peranginan tersebut. Ia secara tidak langsung telah menimbulkan rasa ingin tahu Myra dan Remy untuk merungkai apakah rahsia yang cuba disembunyikan oleh Encik Aziz (Namron) di sebalik kewujudan pusat peranginan tersebut.
Haha jangan tanya sebab apa mulut aku ternganga cenggitu .. " ulaqqq!!! " hahaha .. 

Yahh , rating yang aku boleh bagi untuk filem nie berapa ehh ?? errmm sebab nie filem pertama Malaysia yang berkaitan dengan creature thriller , so aku bagi 4/5 bintang je lahh .. hmmm jap-jap , aku rasa aku terpaksa kurangkan balek laa rating nie .. nak tahu sebabnya ?? filem nie banyak sangat memaparkan aksi-aksi yang tak sepatutnya .. agak luc** ..  bukan sikit tapi banyakk .. aku malas la nak keluarkan isu-isu dekat sini .. tapi macam tak patut jer , tak patut jer .. kann ?? pelik jugak macam mana boleh terlepas dari Lembaga Penapisan Filem .. hmmmmm
sekali lagi " ulaqqq !! " hahahaha


Happy Saturday semua !!




- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...