14 July 2013

RESEPI : PEKNGA NYIOQ RAMADHAN

Unknown | 3:17 PM | 00 orang doakan aku slim |

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum


Sekarang muka aku ni boleh dikategorikan sebagai budak homesick dekat hostel sekarang nie .. Bulan Ramadhan nie hujung minggu jer semua pakai balek kampung .. Aku ?? huwaaaa ~~ berkampung je la dekat sini .. 

Makanan yang paling aku ketagih nak makan sekali bila dekat rumah ialah sambal petai dengan peknga .. memang yang tu jerr aku nak sentap dulu hehe .. Dekat area utara orang panggil peknga , kalau sebelah tengah , selatan nie rasanya orang panggil lempeng kelapa .. Macam mana boleh terlekat nama peknga tue ?? haha entahlah tapi orang tua-tua cakap peknga tue singkatan daripada tempek dalam belanga .. yahhh haha memang choii~~

Sekarang nie bulan Ramadhan dekat hostel , aku akan berbuka dekat surau - ramai-ramai makan dalam talam / dulang .. Seriuss ohsem !! haha .. Setiap hari akan ada 1 group yang akan memasak untuk kiteorang semua .. Dan hari Isnin nie group aku pulak akan memasak .. So aku decide nak buat peknga nie untuk juadah berbuka .. Rasanya ahli group aku dah beli bahan-bahan nak buat peknga nie ..

photo credit to : violetredbubbles

RESEPI PEKNGA / LEMPENG :

Bahan-bahan
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 3/4 sudu besar gula
  • Garam sedikit
  • 1 3/4 Cawan air atau air secukupnya  (Control supaya adunan tak terlalu pekat dan tak terlalu cair)


Cara Memasak :
  1. Masukkan tepung, garam dan gula. 
  2. Masukkan air dan sukatan air mengikut tepung lah jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair.
  3. Panaskan kuali dan letakkan minyak dalam 2-4 sudu besar minyak. 
  4. Kemudiam ambil senduk dan tuangkan andunan tadi ke dalam kuali dan ratakan bentuk seperti lempeng / pancake. 
  5. Gunakan api sederhana.

*Kalau nak peknga/lempeng lagi sedap gunakan segenggam kelapa parut campur kedalam andunan tadi sebelum memasak.
Resepi ini untuk 4-5 keping peknga / lempeng (mengikut saiz peknga juga , ni saiz peknga besar , kalau buat peknga yang kecil lagi banyak keping boleh dapat)

Feveret aku kalau makan peknga nie suka cicah dengan gula merah .. hehe manis + sedapp !!
SELAMAT MENCUBA !!







- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...