03 January 2012

10 HaK yaNg PeRLu DiJaGa

Unknown | 3:52 PM | 00 orang doakan aku slim |





PERTAMA: HAK KEPADA DIRI


Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan 
percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.


KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, 
mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat 
persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.


KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Membuang tabiat suka menabur fitnah, 
membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat 
Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.


KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan 
nasihat menasihati.


KELIMA : HAK KEPADA MIZAN 
(NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan 
dan sanggup menanggung kesusahan.


KEENAM : HAK KEPADA SIRAT 
(TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, 
suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.


KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibubapa,
bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi 
dan memperelok akhlak.


KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, 
bersyukur keatas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.


KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW
Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung 
kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, 
dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.


KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, 
menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.



- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...