26 January 2011

aSSaLaMuaLaiKum....

Unknown | 9:02 AM | 00 orang doakan aku slim |

Hmm..agak lama ye x update blog nie..bkn agak lama..tp smemangnya sdah lama..last update awal thn ari tu..so far mmg byk r event n insiden yg terjadi sepanjang tempoh antara tarikh last update sampai la hari nie..

So, kita akan mulakan sesi bercerita kita..ermm... sblum tue..let me see calendar dlu..hehe..dh lupa dh tarikh..

ok..on 2nd Jan Birthday mama saya..rasa agak sedih la xleh nk celebrate dgn dia..btw sy dh wish dkat dia and she really appreciate me..luv u MAMA..


hmm....on 3rd Jan lak I got my last sem result..Alhamdulillah..kira ok jgak la result sy..3.56..and azam sy pd thn nie nk push lg efford to get flying colours for next final exam..huhu


Pada hari jumaat,klu tak silap..ermm ye btul hari jumaat, 7th Jan ada majlis perpisahan dengan datuk pengarah,Dato' Mazlan Mohammad semperna majlis pertukaran dia sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Negeri Pahang. Gud job dato'..do d best..and in this event, sy ambil bhgn taw..sbg penari ketika menyambut dato' msuk ke dlm dewan..tarian apa lg klu bkn tarian pelanduk..hehe.. agak kelakar jugak la kan..last2 minit bru blatih..hari rbu ptg kot bru nk blatih,,jumaat dh kna mnari..but overall mmg best la..


Spnjang hjung mnggu tu sy asyik skit kpala ja..mau tak sakit..slalu kna hujan.. dlm sminggu nie hujan kerap turun..hmm..
Pastu about hot issue lak yg diuar2kan sekitar maktab..rsa2 bkn mktb nie sja..hmpir ksemua mktb sluruh negara pa dok ckp psl hal ni.. about "pemansuhan elaun utk guru2 pelatih seluruh ipg dan juga pnempatan guru2 di sekolah2 di Malaysia tidak akan dijamin".. dgr tjuk dia pn dh hot..mmg jd isu giller..ye la kan.,kita dh buat pjanjian dgn krajaan pstu nk gubal lak..ni smua dlm Rancangan Malaysia ke-10 (RMK 10) la nie..hmm...
pstu bberapa hari kmdian lecturer bgitau yg pasal pemansuhan elaun dn pnempatan tu akan dijalankan utk ambilan 2012..kira kami still slamat lg la...alhamdulillah..hmmm..tkut aku taw...
then, yg lgi truknyer aku dipilih masuk GERKO BOLA SEPAK...argghhh...xnak....rsa mcm nightmare sja.. I hate football..!!!! wktu isi borg aku pilih bola tmpar..tp bola ni lak yg dpt..wuu....
Hmm..byk gila mslh yg mnimpa aku..n satu lg mslh mmg lagi2 gila..mslh broadband..hari tu..celcom da hntar msg..dia gtau yg penggunaan broadband anda stakat ini ialah RM500++...bapak tkejut aku..pastu aku pergi la cwgn celcom dkt k.lipis nie..dia gtau yg aku pkai sim telefon dn bukannya sim broadband..pastu aku baru teringat yg hari tu wktu dkt Sua Rasa tv9 dkt penang aku da tkar pakej..rupa2nya aku kna tipu..dia bg sim lain dkat aku...aku dh kol celcom careline...nk batlkan no2 nie..pastu esok tu induk celcom dari KL kol aku gtau yg aku perlu buat laporan polis n pergi ke cawangan celcom tdekat utk buat laporan..dgn laporan tu depa leh siasat pihak mna yg btugas wktu sua rasa n mungkin pmbayaran blik boleh dielakkan..
hmm....pening2..peningggg..!!!!!!
Sekarang nie aku tgh buzy taw..dgn latihan utk pmentasan TEATER 3 TUN DALAM BICARA PUTERI GUNUNG LEDANG bln 2 nie..aku kna mnari utk teater nie,,x pgang watak..mnari tarian moden..ada 3 tarian kna mnari..huhu...gud luck ye paan...n to GITA too.....
hmm... byk btul kan event bln satu nie..x msuk bln 2 lg..haa...hari isnin hari tu..hari pendaftaran utk pelajar2 baru KPLI dan j-QAF ambilan januari 2011..so sy ucapkan SELAMAT DATANG ye..semoga gembira belajar di sini dan mendapat barakah daripadaNya..amin...






- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

13 January 2011

HaLaL VS HaRaM

Unknown | 6:19 PM | 20 orang doakan aku slim |




Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-


1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM:
-McDonald
-A&W
-Secret Recipe


2. Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal:
-Victoria Station
-Kam Lun Ta
-Lotus Family Restoran



3. Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM:
- San Francisco Steakhouse
- Chicken Rice Shop
- Kiwi Express


4. Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM.


5. Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM.


Walau bagaimanapun, kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.


6. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM.


7. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada 5:

i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. (Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja)
ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.
iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.

iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan (yang dibenarkan syara'). 
v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami.


Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan.


Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya.

**JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja.


8. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal.


Produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, dan 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.


9. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.


10. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal(walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome CafĂ©, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.

Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.


11. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ).


12. La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.


13. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM.


14. Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM,


15. Manakala Status makanan yang disediakan di Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.


16. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.


17. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King. Maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.


18. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM.


Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas, memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

 

19. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal.


20. Starbuck tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM. Maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.

- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...